Percakapan antara Rasulullah dengan iblis

JIN SETAN IBLIS - MUNSYPEDIAMOZAIK ISLAMI

Telah diceritakan bahwa Allah
SWT telah menyuruh iblis
datang kepada Nabi
Muhammad agar menjawab
segala pertanyaan yang
baginda tanyakan padanya.
Pada suatu hari Iblis pun
datang kepada baginda dengan
menyerupai orang tua yang
baik lagi bersih, sedang
ditangannya memegang
tongkat.
Bertanya Rasulullah, “Siapakah
kamu ini ?”
Orang tua itu menjawab, “Aku
adalah iblis.”
“Apa maksud kamu datang
berjumpa aku ?”
Orang tua itu menjawab, “Allah
menyuruhku datang kepadamu
agar kau bertanyakan
kepadaku.”
Baginda Rasulullah lalu
bertanya, “Hai iblis, berapa
banyakkah musuhmu dari
kalangan umat-umatku ?” Iblis
menjawab, ” Lima belas”

1. Engkau sendiri hai
Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang
adil.
3. Orang kaya yang merendah
diri
4. Pedagang yang jujur dan
amanah.
5. Orang alim yang
mengerjakan solat dengan
khusyuk.
6. Orang Mukmin yang
memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang
berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat
bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri
dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu
dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak
bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik
budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang
bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur’an
serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri
melakukan solat di waktu
malam sedang orang-orang
lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah bertanya
lagi, “Berapa banyakkah
temanmu di kalangan
umatku ?” Jawab iblis, “Sepuluh
golongan”:
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum
arak.
5. Orang yang memutuskan tali
persaudaraan.
6. Pemilik harta riba’.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah
dalam mengerjakan solat/
sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan
memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-
angan dan khayal dengan
tidak ada faedah.

Komentar Anda

komentar

Scroll To Top
Request Lagu
Loading...